Melaka Bersatu merupakan sebuah kelab bola sepak profesional di Bandar Melaka. Kelab yang ditubuhkan semenjak dari tahun 1924 ini telah menggunakan Stadium Kubu atau nama rasminya kini sebagai Stadium Hang Tuah sebagai gelanggang rasmi sebelum berpindah ke Stadium Hang Jebat di Paya Rumput. Stadium baru ini telah dibina untuk kegunaan Sukan Sukma di Melaka pada tahun 2010. Kelab ini diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Melaka United (Melaka United Soccer Association) dan telah dihantar untuk bertanding dalam Liga Malaysia bagi mewakili negeri Melaka.
Kelab ini kini bertanding dalam liga tahap dua dalam bola sepak Malaysia iaitu Liga Perdana Malaysia setelah di naikkan liga sebagai juara dari Liga FAM Malaysia 2015. Kelab Melaka United sebelum ini dikenali sebagai Melaka atau nama penuhnya Melaka FA sebelum dijenamakan semula bermula Ogos 2013 sebagai Melaka United di mana jenama berkenaan akan digunakan sepenuhnya bermula dari musim 2014. Nama timangan bagi Melaka United sebelum ini adalah Sang Kancil sebelum ditukar kepada skuad Hang Tuah di mana panggilan ini sinonim dengan kekuatan dan kebijaksanaan.
Kit tuan rumah bagi Melaka United adalah berwarna hijau dan putih di mana warna ini merupakan warna keramat dan ikonik bagi bola sepak Melaka. Lencana ataupun logo pasukan ini sudah lama tidak ditukar dan sempena kebangkitan kelab ini ke Liga Perdana Malaysia, logo baru telah diperkenalkan dalam usaha untuk menjenamakan semula dan memodernkan imej pasukan. Logo lama pasukan masih akan digunakan sebagai logo bagi persatuan iaitu Melaka United Soccer Association ataupun MUSA yang akan menguruskan pasukan Melaka United di mana logo berkenaan telah diperkenalkan semenjak awal 1940an dan logo batu akan digunakan oleh pasukan dalam perlawanan liga.
Sejarah Bola Sepak
Kelab ini telah berada dalam prestasi terumbang-ambing sejak Liga Perdana Malaysia diberkenalkan pada tahun 2004 di mana Melaka United bermain untuk tiga musim dan telah dinaikkan ke liga utama Liga Super Malaysia sebelum diturunkan liga semula dalam musim pertamanya. Setelah itu, pasukan ini meneruskan cabaran dengan berjuang dari penyingkiran dalam Liga Perdana Malaysia untuk tiga musim berikutnya sebelum tumpas dan disingkirkan pada tahun 2010 ke liga tahap tiga Liga FAM Malaysia di mana pasukan ini secara konsisten beraksi untuk lima tahun berturut-turut sebelum berjaya untuk kembali semula ke Liga Perdana Malaysia pada tahun 2016 setelah menjadi juara Liga FAM Malaysia 2015. Sebelum menjuarai Liga FAM pada tahun 2015, pasukan ini telah berada dalam situasi kehausan kejuaraan untuk 32 tahun di mana kali terakhir pasukan ini menjuarai liga tahap utama Malaysia adalah pada tahun 1983 di mana mereka menjuari Liga Perdana 1.
Senarai Skuad Terkini
Sehingga 2 Februari 2016.Organisasi Pasukan
Barisan kejurulatihan dan staf
- Pengurus : Datuk Mohd Yusoff Bin Hj Mahadi
- Penolong Pengurus : Md Noor Md Derus
- Setiausaha : Muzzairen Bin Rahman
- Ketua Jurulatih : Mat Zan Mat Aris
- Penolong Jurulatih 1 : Norizam Bin Ali Hassan
- Penolong Jurulatih 2 : Tiada
- Jurulatih Penjaga Gol : Mazlan Wahid
- Ahli Fisioterapi : Tiada
- Kitman : Tiada
- Kitman / Cameraman : Tiada
Pada 2016 Kini Melaka United Juara Liga Perdana

Ibarat tulisan sebuah hikayat dongeng, Melaka United mencipta kegemilangan apabila muncul juara Liga Perdana selepas menjuarai Liga FAM pada tahun sebelumnya.
Sukar untuk dipercayai namun itulah realiti yang dipahat jurulatih, Mat Zan Mat Aris apabila berjaya mengemudi skuad Melaka United kembali bersaing di Liga Super.
Pujian wajar diberikan terhadap semua pemain dan pasukan kejurulatihan apabila usaha keras mereka untuk mengembalikan maruah pasukan berstatus negeri ini menemui kejayaan.
Kapten pasukan, Ilija Spasojevic yang konsisten di depan gawang merupakan salah satu faktor kebangkitan Melaka United apabila meledak 23 gol daripada 20 perlawanan.
Kejayaan ini disahkan selepas Melaka United mencatat keputusan seri, 1-1, menentang pencabar terdekat, JDT II, di Stadium Hang Jebat, malam tadi.
Mat Zan membariskan tonggak utama dengan Spasojevic dan Yashir Pinto ditugaskan mengetuai jentera serangan tuan rumah.
Kedua-dua pasukan buntu di separuh masa pertama dan bermula babak kedua, Yashir memecah kebuntuan pada minit ke-76.
Ketika perlawanan seakan berakhir dengan kemenangan Melaka United, JDT II bangkit menyamakan kedudukan menerusi Rafael Bonfim pada minit-minit akhir perlawanan.
Slot Liga Super Kini Dalam Genggaman Melaka United

Hanya satu mata lagi diperlukan Melaka United bagi mengesahkan slot ke Liga Super selepas mencatat kemenangan tipis, 1-0, ke atas Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.
Selesa mendahului carta Liga Perdana dengan jurang besar, lapan mata dan berbaki tiga perlawanan, Melaka United dijangka mengesahkan laluan ke Liga Super sekiranya seri atau menundukkan seteru utama, JDT II, pada 9 September depan, sekali gus menobatkan Melaka United sebagai juara.
Segalanya kini terletak di tangan pemain bagi memastikan kejuaraan lebih awal menentang JDT II atau terpaksa menunggu dalam dua perlawanan terakhir menentang PKNS FC dan Sime Darby FC.
Di Paroi, segalanya tampak kurang menjadi buat Melaka United pada babak pertama apabila gagal mencipta gerakan berbahaya mengancam kubu lawan.
Turun tanpa dua tonggak import, Labinot Harbuzi dan Ilija Spasojevic yang mengalami kecederaan, Negeri Sembilan dilihat mendominasi pada 25 minit pertama perlawanan menerusi gerakan-gerakan dari sebelah sayap.
Berjaya menyerap tekanan, Melaka United akhirnya mengimbangi perlawanan namun gagal mendapatkan sebarang gol pada babak pertama.
Separuh masa kedua menyaksikan pasukan pelawat menguasai perlawanan namun ketumpulan jentera serangan yang diketuai Yashir Pinto dan Nurshamil Abd. Ghani gagal menjelmakan jaringan.
Ketika perlawanan seakan berkesudahan seri tanpa jaringan, R. Surendran muncul wira Melaka United apabila menyudahkan hantaran silang G. Puaneswaran pada minit ke-79 bagi memberikan pelawat gol tunggal perlawanan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan